PENYAKIT MENTAL DI KALANGAN REMAJA
- MUHAMMAD FAZRUL BIN AHMAD SALIHIN
- Dec 8, 2016
- 3 min read
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan mental sebagai kebolehan untuk menrealisasikan potensi seseorang,dapat mengatasi tekanan dalam kehidupan, boleh manfaat secara produktif dan berfungsi untuk memberi manfaat kepada komuniti.
Secara rasionalnya,remaja lebih bahagia bersama keluarga,dapat bersosial dengan lebih baik dan dapat menikmati pengalaman baharu jika mereka sihat dari segi mental. Beberapa tahun pertama di awal usia remaja ini dimana kesihatan mental harus dipupuk dan keperibadian para remaja ini ditetapkan sebelum peralihan ke alam dewasa.
Penyakit mental muncul sebagai ancaman kesihatan yang serius di negara maju serta negara yang membangun. Tinjauan pihak Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 menunjukkan bahawa kira-kira 1 juta iaitu 20% kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 16 tahun mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan , emosi dan gangguan tingkah laku mereka. Selain itu, gangguan mental adalah sekumpulan penyakit yang boleh menjejaskan anak-anak secara pskilogi. Hal ini dapat menghalang kemampuan mereka untuk focus, berkomunikasi atau menikmati kehidupan seharian mereka.
Jenis-jenis gangguan atau penyakit mental, secara umumnya, seperti gangguan kebimbangan. Contoh gangguan kebimbangan seperti gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD) atau gangguan Kompulsif Obesif (OCD). Gangguan Tekanan Pasca Trauma atau Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) ialah trauma tentang bencana yang berlaku kepada para remaja yang mengancam keselamatan jiwa dan fizikal. Bagi gangguan Kompulsif Obesif atau Obsessive Compulsive Disorder (OCD) ialah satu situasi dimana seseorang individu itu,tidak mampu mengawal dari pemikiran yang menjadi obsesi yang sebenarnya tidak ingin dilakukanmya atau kelainan psikologis yang menyebabkan sesorang itu memiliki pemikiran yang bersifat kompulsif atau desakan. Seterusnya, gangguan emosi ialah jenis gangguan kedua yang berlaku seperti kemurungan klinikal dan gangguan Bipolar. Gangguan Bipolar ialah salah satu kondisi dimana seseorang itu akan berubah perasaan atau suasana hati secara tiba-tiba manakala kemurungan klinikal pula ialah suatu situasi kesedihan yang melampau sehingga membabitkan kepada masalah kesihatan dan mengasingkan diri.
Jenis gangguan mental ketiga ialah gangguan Psikotik seperti Skizofernia. Skizofernia ialah penyakit mental yang kronik yang menganggu pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang itu. Selain gangguan Psikotik,gangguan pemakanan juga salah satu gangguan mental yang boleh berlaku. Gangguan pemakanan seperti Bulimia dan Anoreksia Nervosa. Anoreksia Nervosa ialah salah satu masalah jiwa dimana seseorang itu terlalu obsess untuk menjadi kurus sehinggakan mengabaikan pemakanan seseorang itu. Di samping itu,jenis gangguan mental seterusmya ialah kecacatan intelektual seperti gangguan Spektrum Autisme ( ASD). Gangguan Spektrum Autisme (ASD) ialah suatu gangguan perkembangan pada anak yang kompleks. Istilah “SPEKTRUM” digunakan untuk menggambarkan situasi gangguan Spektrum Autisme yang mempunyai kebolehan yang luas dan bervariasi atau pelbagai.
Kebanyakan remaja yang mengalami penyakit mental menunujukan perubahan yang mendadak dalam tabiat dan tingkah laku mereka. Perubahan ini boleh berlaku atau datang beransur-ansur. Antara gejala-gejalanya termasuk pengasingan diri dan hilang minat terhadap orang lain. Selain itu, kemerosotan luar biasa dalam kebolehan, terutama di sekolah atau tempat kerja seperti berhenti bersukan, gagal dalam pelajaran atau persukaran menjalankan tugas yang biasa dilakukan. Di samping itu, remaja yang kehilangan inisiatif atau keinginan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti dan berasa seperti terputus hubungan dari diri sendiri atau persekitaran sekeliling. Hilang sifat nilai kendiri dan perubahan angina secara tiba-tiba juga merupakan gejala penyakit mental ini ingin berlaku kepada remaja. Gejala-gejala ini bukanlah indikasi atau factor yang pasti bagi menunjukkan kehadiran gangguan mental. Tetapi ini petunjuk yang kuat bagi para remaja ini untuk segera mendapatkan diagnosis dari pakar kanak-kanak, psikologi atau pskitrik.
Selepas itu, cara didikan ibu bapa yang tegas atau terlampau kasar terhadap para remaja juga faktor mempengaruhi masalah mental remaja ini. Ibu bapa yang mempraktikkan cara didkan yang sebegini akan mengakibatkan remaja ini akan berubah dari bentuk keperibadian yang kasar dan akan menjadikan para remaja ini akan lebih stress kepada mental mereka. Terlampau stress atau over-stress akan membuatkan para remaja ini memberontak dan menjadikan para remaja ini menjadi lebih degil malah sifat kekasaran yang diberi oleh ibu bapa mereka akan diterapkan dalam diri mereka.
Oleh itu, para ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka terutama para remaja ini dengan lebih baik dan memahami kehendak dan perasaaan mereka oleh kerana para remaja ini semakin meningkat dewasa dan pemikiran mereka menjadi matang untuk membuat dan menilai sesuatu. Ibu bapa seharusnya mengelakkan menunjukkan tabiat atau contoh yang tidak baik untuk para remaja ini kerana ibu bapa merupakan tonggak pertama membina keperibadian anak-anak mereka ini. Buruk didikan ibu bapanya, maka burukla keperibadian mereka ini. Sifat tegas sememangnya bole digunakan tetapi telampau tegas dan kasar terhadap mereka juga tidak baik bagi mereka kerana ini akan mengakibatkan perasaan trauma dan stress tekanan bagi mereka dan menganggu mental mereka.
Walaupun punca sebenar kebanyakan penyakit mental tidak diketahui dan mungkin berbeza dari seorang kanak-kanak yang lain, penyelidikan menghuraikan bahawa kebanyakan keadaann ini mungkin disebabkan oleh interaksi di antara-anatara factor biologi, psikologi dan persekitaran.

Comments