top of page

BERHIJAB ADALAH BUKAN PENGHALANG UNTUK WANITA TAMPIL BERGAYA

  • NOR AIN HARYANTI BINTI ABDULLAH
  • Dec 8, 2016
  • 5 min read

Memakai hijab atau berhijab adalah bukan penghalang wanita beragama islam untuk berfesyen, malah memakai hijab juga adalah bukan untuk berfesyen semata. Di sebalik hijab yang wanita kenakan tersimpan manfaat yang sangat banyak yang sebenarnya mereka akan perolehi iaitu bertujuan untuk menutup aurat sebagai wanita, sumber ibadah bagi wanita muslimah dan lambang kemuliaan seorang wanita serta untuk menjauhi godaan lelaki. Hijab adalah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama yang perlu diikuti oleh wanita muslimah dimana ia memberi manfaat yang besar sekiranya mereka menutup aurat dengan baik. Berhijab juga bukan penghalang untuk wanita muslimah menggayakan pelbagai fesyen terkini yang semakin menjadi “trend” pada masa kini.


Terdapat seramai 8.48 juta wanita Islam daripada 17.3 juta wanita beragama Islam yang meliputi majoriti penduduk di negara ini iaitu negara Malaysia, iaitu mengikut bancian yang dijalankan lima tahun lalu. Jumlah itu berkemungkinan meningkat sehingga 10 juta pada tahun ini jika melihat kepada trend pertambahan jumlah penduduk sebanyak 5 juta iaitu 23 juta pada tahun 2000 kepada 28.3 juta pada tahun 2010 mengikut bancian penduduk. Angka berkenaan jelas menunjukkan potensi pasaran perniagaan untuk wanita Islam amat besar di negara ini Terutama dari segi pemakaian tudung. Jika diukur daripada kecenderungan wanita untuk membeli-belah pula, seramai 3.75 juta berkemungkinan besar akan memenuhi keperluan mereka itu mengikut nisbah umur daripada 15 hingga 49 tahun. Pemakaian hijab bukan sahaja untuk tuntutan agama, malahan ia memberi peluang perniagaan kepada masyarakat.


Maka tidak hairanlah ramai usahawan fesyen tudung tumbuh bagaikan cendawan sejak lima tahun kebelakangan ini, apatah lagi golongan wanita bertudung kini semakin obses untuk memakai hijab mengikut fesyen dan trend terkini. Trend penggayaan fesyen hijab semakin popular apabila ia diviralkan menerusi laman sosial selain kemudahan untuk membeli-belah yang disediakan oleh para peniaga menerusi dalam talian. Melihat kepada persaingan pasaran itu, ramai pereka fesyen tudung mendaftarkan rekaan tudung mereka untuk menjadikannya sebagai hak eksklusif sehingga memberi impak besar dalam industri fesyen tudung tanah air. Ia sekali gus membuktikan fesyen bertudung telah mencetuskan senario sekali gus memberi pendapatan berganda kepada para usahawan berkenaan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.


Menurut statistik yang dikeluarkan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), sebanyak 115 permohonan dite­rima untuk rekaan tudung di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian sejak tahun 2010 hingga tahun lalu. Peningkatan tersebut paling ketara berlaku antara tahun 2013 dan 2014 apabila sebanyak 50 peratus permohonan meningkat kepada 46 permohonan berbanding 22 pada tahun 2013. Statistik itu menjelaskan, walaupun hanya empat rekaan tudung didaftarkan pada tahun 2010, namun ia meningkat sehingga 46 rekaan dalam tempoh 5 tahun berikutnya.


Jelas bahawa dengan semakin bertambahnya pereka-pereka hijab yang dikeluarkan mengikut fesyen dan peniaga yang menjual pelbagai hijab dipasaran sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat khususnya wanita islam untuk bertudung kerana ia adalah suatu tarikan yang membolehkan wanita yang tidak bertudung berubah kepada wanita yang bertudung. Menurut Murni binti Mohd Yusof iaitu adalah salah seorang daripada perunding tudung dimana beliau berkata Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai penerimaan yang sangat baik dalam rekaan serta keluaran fesyen-fesyen terkini mengikut citarasa masing-masing. Walaupun terdapat juga segelintir mereka tidak mempunyai citarasa yang sama malahan mereka tetap membeli serta menggayakan akibat daripada rekaan fesyen yang semakin menjadi ikutan ramai.


Beliau juga menjelaskan bahawa keluaran pelbagai jenis tudung tidak pernah membimbangkan kerana mereka sangat memberi reaksi yang positif dimana mereka akan sentiasa ‘up to date’ mengenai keluaran baru yang akan telah dipasarkan. Katanya lagi, fesyen tudung adalah merupakan syurga bagi wanita kerana mereka sukakan sesuatu yang baru serta tidak terlalu melampau dari segi gaya tudung yang dikenakan. Perunding ini juga menjelaskan bahawa, masyarakat di Malaysia sangat mementingkan kualiti kain serta harga yang berpatutan dimana ada juga segelintir diantara mereka akan membeli tanpa mementingkan harga pada tudung tersebut.


Jika diamati gaya fesyen tudung terkini di Malaysia nampaknya kian berubah dari semasa ke semasa sesuai mengikut kehendak dan keperluan si pemakainya. Bagi penggemar fesyen tudung di luar sana sudah pasti menginginkan pilihan tudung yang terdiri daripada pelbagai corak, rekaan eksklusif, trendy dan fabrik yang selesa untuk digayakan di dalam majlis-majlis tertentu ataupun untuk digunakan pada hari-hari biasa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai fesyen tudung yang terdapat dalam pasaran yang mana sesetengah daripadanya nampak cukup unik dan tidak kurang juga terdapat fesyen tudung yang nampak pelik.


Walaupun sesetengah fesyen tersebut nampak pelik, namun bagi mereka yang inginkan kelainan dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru, maka tiada salahnya untuk mencuba dan mungkin sahaja itu akan memberi kepuasan kepada si pemakainya. Tidak dinafikan juga, si pemakai perlu yakin dalam menggayakan pelbagai gaya untuk ke tempat kerja mereka sendiri untuk kelihatan bergaya serta tidak terlalu menonjol kerana perkara yang sangat ditakuti oleh wanita berhijab adalah apabila mereka merasakan penggayaan tudung tersebut keterlaluan. Kini terdapat segelintir wanita beragama islam yang masih ragu-ragu untuk berhijab kerana ia berpendapat bahawa berhijab menghalang mereka untuk bergaya serta tidak bebas untuk mengenakan pakaian ditempat kerja.


Jangkaan itu salah sama sekali kerana, sebenarnya sekarang kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai jenis rekaan serta gaya bertudung yang boleh dikenakan oleh wanita tersebut mengikut kesesuaian mereka untuk menggayakan tudung walau di mana mereka berada. Negara ini pada hari ini telah popular dengan pelbagaian rekaan serta gaya bertudung mengikut kesesuaian mengikut tempat yang boleh ditampilkan oleh mereka. Contohnya, pereka fesyen telah mereka fesyen tudung bersesuaian untuk wanita yang ingin ke majlis-mjlis tertentu bagi nampak lebih bergaya serta anggun. Melalui rekaan ini ia telah memberi inspirasi kepada wanita untuk bijak dalam menggayakan tudung tersebut tanpa perlu berunding dengan pereka fesyen itu sendiri kerana pilihan tudung adalah pelbagai dan hanya memerlukan keyakinan pengguna untuk menggayakan fesyen tersebut.


Selain itu, dalam rekaan tudung ini juga perunding perkhidmatan telah berjaya mencipta pelbagai jenis tudung yang mampu menyelesaikan masalah-masalah wanita diluar sana iaitu seperti yang kita tahu wanita mempunyai masalah bagaimana untuk menggayakan tudung apabila mereka mempunyai bentuk muka yang berbeza dan tidak sama dengan orang lain. Tambahan pula apabila mereka ingin menggayakan tudung mengikut cara model yang telah menggayakan tudung tersebut. Di sini pakar perunding telah menguar-uarkan mengenai bagaimana wanita mampu menyelesaikan masalah tersebut adalah melalui pemilihan gaya tudung yang bersesuaian akan bentuk wajah yang mereka hadapi. Bagi wanita yang mempunyai wajah yang bulat mereka sesuai untuk menggayakan fesyen bawal malahan fesyen shawl juga adalah sangat bersesuaian.


Tidak kurang juga wanita yang mempunyai wajah berbentuk bujur sangat sesuai bergaya dengan tudung bawal serta wanita yang mempunyai wajah yang berbentuk kecil sangat sesuai untuk menggayakan pelbagai jenis tudung yang ada. Di sini terdapat perbezaan jenis tudung yang dapat digayakan, namun, pada hari ini masyarakat di Malaysia khususnya kaum wanita islam sangat berfikiran kedepan serta mereka mengikut trend keluaran semasa tanpa membezakan kelebihan bentuk wajah masing-masing. Wanita yang bertudung kelihatan sangat cantik serta sopan apabila dipandang. Namun walau bagaimanapun, si pemakai perlu mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan kerap mencari gaya tudung yang sesuai serta tidak hanya menggayakan tudung tersebut semata-mata.


Akhir sekali, jelas bahawa berhijab adalah bukan penghalang untuk wanita bergaya serta mereka kelihatan lebih anggun serta terpegun apabila dilihat dengan menggayakan tudung yang semakin mempunyai fesyen yang baru dengan seiring mengikut peredaran zaman yang semakin maju kedepan. Namun walau bagaimanapun penggayaan tudung ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi dengan rekaan pebagai corak serta fabrik yang menarik yang membolehkan wanita diluar sana selesa dalam menggayakan fesyen tersebut. Jelas bahawa, hijab adalah bukan penghalang untuk bergaya malah ia lebih selesa untuk digayakan di mana-mana sahaja.



Comments


Meet the Ninja parents 

We are Samantha and Ray...

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Our Community 

Supermommy

King of Dads

Babyville

Krafty Kids

  • Google+ - Black Circle
  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round

© 2023 by Parenting Blog

Proudly created with Wix.com

500 Terry Francois St. San Francisco, CA 94158

info@mysite.com

Tel: 123-456-7890

Fax: 123-456-7890

bottom of page