top of page

DUNIA FESYEN BANYAK MEMPENGARUHI GAYA HIDUP REMAJA MASA KINI



Pada zaman mutakhir yang sarat dengan onak ranjau dan bertunjungkan globalisasi informasi dan telekomunikasi ini, negara Malaysia telah berganjak daripada paradigm asal dan mengorak langkah ke arah ambang 2020 agar dapat bergerak seiring dengan empayar-empayar dunia, bak kata pepatah, “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Dalam menongkah arus globalisasi, negara kita semakin cenderung ke arah dasar langit terbuka dan pelbagai anasir dan pengaruh yang begitu asing dengan lunus dan tantanan masyarakat mula menyusup masuk , afdalnya dunia fesyen Barat yang begitu menonjol pengaruhnya dalam halakah remaja. Benih-benih yang bercambah dalam hati remaja kini ternyata mempengaruhi gaya hidup kentempon mereka dan pelbagai aspek sama ada dari segi pertuturan, pemikiran dan perlakuan. Oleh hal yang demikian, marilah kita mencapang kemusykilan ini dan menganalis pengaruh cengkam fesyen terhadap dunia remaja kini yang semakin mengungguhi elemen-elemen fesyen.


Kalau diperhatikan, kesan daripada fesyen ini sememangnya menimbulkan pelbagai reaksi dan perhatian, terutamanya dari segi pemakaian remaja kita. Pada lembaran sejarah silam, remaja yang duduk di bawah bumbung Malaysia merupakan penegak warisan bangsa dan baju kurung, baju kebaya, batik, songket, cheongsam dan sari merupakan cara pemakaian yang sudah sebati dengan rutin hidup masyarakat Malaysia. Kendutipun, setelah disajikan dengan arus fesyen dunia yang begitu membaham, remaja mula menganjak kelesturan seni dan mula mengayakan diri dengan penampilan yang bertujuan untuk menonjolkan keistimewaan sendiri dan berorientasikan populasi dan perhatian ramai. Seperti yang kita lihat, majoriti remaja masa kini yang berkeliaran dan bergelumang di pusat-pusat hiburan ataupun kaki lima, begitu terpengaruh dengan pakaian pro-Barat seperti jean ketat, baju yang diterapkan dengan kata-kata kasar lagi erotik, rantai logam yang berlapis-lapis dan sebagainya. Senario ini menjadi semakin hangat apabila golongan gadis pula mula meniru fesyen Barat dengan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak menutup tubuh. Sebagai contoh, “tube top”, singlet ketat, skirt mini ataupun “hot pants” yang begitu digemari oleh golongan remaja muda, tetapi menjadi ratapan segenap masyarakat yang tercalar apabila disajikan dengan imej remaja kita.


Selain itu, fesyen Barat tidak terhad dalam gaya pakaian remaja tetapi begitu meluas liputannya ibarat kegelapan tanpa sempadan. Fesyen bertutur terutamanya negara Eropah telah mengakar dan bermaharajarela dalam gaya hidup remaja kini. Fenomena ini menyebabkan remaja kita didedahkan terus dengan fesyen pertuturan salunah Timur yang begitu menitikberatkan penghayatan nilai-nilai mithali dalam percakapan seharian, sama ada dengan yang tua ataupun yang muda. Dalam bahasa Melayu yang begitu indah sinarnya dan merdu serunainya, masyarakat Melayu sememangnya terkenal martabatnya dalam adat salam, contohnya “kak Long”, “Mak Su” dan sebagainya apabila bersapa dengan orang tua, ditambah lagi dengan kebiasaan membongkokkan badan semasa menumpang lalu. Namun demikian, remaja kita nampaknya semakin terasa bahangnya apabila media massa menayangkan rancangan-rancangan Barat yang tidak dinapis dan sekaligus menganjak kesopanan berbicara masyarakat Timur. Contohnya, remaja Barat yang bersapa dengan mencium pipi atau terus memanggil nama ibu bapa mereka tanpa gelaran yang sepatutnya sangat berlawanan jika dibandingkan dengan masyarakat Timur. Implikasinya, remaja kita yang berminda plagiat dan muklah diagtasi akan terikut-ikut dengan fesyen bicara Barat persis kerbau dicucuk hidung dan melenyapkan budaya mereka.


Kesinambungannya, dunia fesyen yang memperkenalkan pelbagai variasi dan perubahan telah menyebabkan remaja jita terkandas dalam kancah kealpaan tanggungjawab. Seperti yang diketahui, fesyen berubah-ubah mengikut perkembangan semasa globalisasi dan aspek perubahan pula berlainan dan termasuklah pakaian, telefon bimbit, fesyen rambut dan sebagainya. Perubahan yang mendadak dan tidak konsisten akan menyebabkan golongan muda cenderung untuk berlumba-lumba menongkah arus fesyen. Fenomena yang tidak sihat ini akan menyabakan asset negara kita leka dan taksub dalam lubuh ilusi fesyen dan alpa terhadap obligasi yang digalas oleh mereka, tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah, harapan menggunung akan didamkan oleh nusa. Sesungguhnya, dunia fesyen yang melampau telah menyebabkan remaja kita hidup terkontang-kanting tanpa perspektif jelas kerana asyik dalam keseronokan mengejar fesyen. Sekiranya situasi ini dibiarkan menular, nescaya impian negara kita susah dicapaikan.


Bukan itu sahaja, gelombang fesyen dunia yang semakin meledak dan kian membahang telah membangkitkan isu metarialistik dan hedonistik yang bergolak dalam kehidupan remaja. Fesyen-fesyen yang didedahkan kepada golongan remaja merupakan simbolik atau perlambangan status sebagai individu kontemporari dan berupaya untuk bergaya seiring dengan perkembagaan semasa. Secara ringkasnya, gaya fesyen membawa mesej berkenaan dengan persoalan meterialisme dan mempengaruhi para remaja agar bermegah-megah dengan penampilan luaran yang secara tidak langsung mencerminkan kestabilan meterialiti.


Disebabkan oleh perasaan dan nafsu mungkar yang mendorong mereka untuk mengejar fesyen, para remaja yang belum mempunyai keupayaan dari segi ekonomi pada ghalibnya akan menghadapi kesukaran dan sering berandak meminta wang daripada ibu bapa. Sikap segelintir ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka akan menunaikan segala keinginan mereka telah melahirkan generasi baru yang menitikberatkan aspek kewangan. Bagi pandangan mereka, wang kertas yang dihulurkan oleh orang tua mereka merupakan tanda ambil berat ibu bapa terhadap mereka. Pendek kata, perkembagan fesyen yang keterlaluan telah menguntik gejala meterialisme dalam minda golongan remaja dan memudahkan proses mutasi ke arah penzaliman yang melibatkan aspek wang dan harta.


Namun demikian, terdapat juga kesan tersirat pengaruh fesyen dunia terhadap rutin kehidupan golongan remaja. Dari segi psikologi, perkembangan fesyen membekalkan ruang alternatif bagi golongan remaja untuk menguatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian, di samping membuka spekulasi remaja untuk menerima sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka. Keadaan itu menunjukkan impak posrat memandangkan pembangunan minda rakyat. Malaysia yang mundar sedikit berbanding dengan masyarakat Eropah yang kaya dengan inisiatif dan kreativiti dengan naluri ingin tahu serta perasaan ingin mencuba, sekaligus membolehkan mereka mendominasi dunia teknologi kerana mempunyai keinginan yang menjurus ke arah pendedahan dan eksplotasi dunia misteri. Walau bagaimanapun, keadaan ini wajiblah diubah dan disesuaikan dengan gaya hidup masyarakat kita.


Sebagai konklusinya, perkembangan dunia fesyen dari pelbagai aspek telah membawa pembaharuan terhadap gaya hidup remaja kini, namun majoritinya menjurus ke arah impak-impak yang hanya mengundang musibah. Remaja merupakan pemimpin pada masa depan dan merekalah yang bakal melakar lembaran kegemilangan negara di persada global yang semakin rancak dengam pembangunan dunia bertaraf ketiga yang lain. Oleh hal yang demikian , remaja sendiri sebagai aset terpenting negara haruslah mempunyai inisatif untuk membezakan antara intan dengan batu kerana pada bahu mereka terentaknya masa hadapan mereka.


Meet the Ninja parents 

We are Samantha and Ray...

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Our Community 

Supermommy

King of Dads

Babyville

Krafty Kids

bottom of page